Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2009

Pertama kali dengan limpah kurnia-Nya, saya berbesar hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Victorian Batch of 1999 yang beragama Islam, isteri, anak-anak , ibu bapa dan seluruh keluarga.

Saya ingin mengambil kesempatan ini, dengan tulus ikhlas memohon maaf zahir dan batin jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan sepanjang anda semua mengenali saya. Semoga Hari Raya tahun ini kita dapat membuka lembaran baru dalam mengeratkan silaturahim antara kita semua hendaknya.

Kepada mereka yang pulang ke kampung mahupun yang berjalan- jalan menziarahi saudara dan sahabat handai, semoga berhati- hati dijalanraya. Dengan berbagai berita di TV dan suratkhabar mengenai kemalangan yang berlaku baru- baru ini, sila pastikan diri anda memandu dengan cermat dan berhemat.

Di sini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kepada Saudara Sharel Sekeluarga keatas kehadiran orang baru dalam hidup mereka iaitu bayi lelaki,Umayr bin Sharel pada 17 September 2009. Semoga Kelahiran nya di bulan keberkatan Ramadan ini dapat menceriakan lagi sambutan hari raya mereka .

Anda semua juga dijemput hadir ke konvoi raya pada Sabtu, 26 September 2009. Ini adalah amalan tradisi setiap tahun oleh warga 99 dalam mengeratkan silaturahim sesama kita. Pastikan anda meluangkan masa anda pada hari tersebut, semoga sambutan konvoi tahun ini lebih meriah, kepada sesiapa yang jarang bersama dalam aktiviti ini mahupun yang beragama lain, anda juga dijemput dan janganlah segan untuk bersama- sama menyertai konvoi raya tersebut.

Akhir kata, semoga Aidilfitri ini akan lebih meriah daripada tahun-tahun sebelumnya. Jadikan Aidilfitri kali ini untuk kita bermaaf- maafan dan merapatkan silaturahim sesama kita dan keluarga.

0-0

Sekian. Terima Kasih.

Muhammad Ramdhan Susami
President of Ninetyniners

1 comments:

sharel said...

thanks mr.president..


selamat hari raya

Post a Comment